|
|
|
 Jika
perlu... tapi BERSEDERHANALAH
"
Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin "
Jika perlu marah , marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar ;
jika perlu menangis , menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang ;
jika perlu patuh , patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan .
Jika mahu miskin , miskinlah tetapi jangan terlalu miskin , nanti mudah
menjadi kufur ; kalau mahu kaya , kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai
terlupa perkataan sedekah ; jika mahu menjadi warak , lakukanlah ibadah
sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia .
Kalau
mahu sebuah kereta mewah , belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa ;
kalau mahu dua buah rumah , belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan
puas ; kalau mahu menimbun harta , bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa
ibadah .
Kalau mahu berhibur , berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan
menyalahi syariat ; kalau mahu memperkatakan hal orang , berkatalah asal jangan
sampai mengumpat ; kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang , cemburulah asalkan
anda pun berusaha kuat sepertinya .
Hidup sederhana akan memastikan anda
tidak akan miskin selama-lamanya . Bersederhana dalam segala hal adalah titik
kejayaan dalam semua perkara . Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila
miskin terus muflis ; orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh
terus sasau ; orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak
tidak berdaya .
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai
anda menjadi hamba kepada harta ; binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan
sampai terlupa soal-soal dunia ; binalah kedudukan di tengah manusia tetapi
jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan
untukmakan minumnya terpaksa meminta-minta . Seeloknya bersederhana dalam
beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah , membuang halangan di jalanan juga
ibadah , menasihati orang juga ibadah .
Orang yang bersederhana sentiasa
terpandang di mata dunia . Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak
terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh
orang yang hina mahupun orang yang mulia . Berkuasanya bersederhana bagai
kan
pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar .
Sayidina Ali r.a . berkata , "
Berakhiratlah
mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan
."
Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin ;
menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil , beribadah jangan sampai
semakin jahil .
Kata
sayidina Ali r.a . lagi , " Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang
bersifat tawaduk dan lemah lembut ."
Tawaduk dan lemah lembut adalah
kesederhanaan yang nyata , membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta
tulus . Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam
berbicara , berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian
kesukaan ketika terlalu gembira .
Bersederhana adalah jawapan kepada
segala-galanya
.
|
|
Posted on Wednesday, November 28 @ 09:29:29 EST by client |
|
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| |
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|