Cinta
dan perkahwinan berkait rapat seperti kiambang berpaut. Kalau kiambang
dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait
rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal
maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya.Hmm teringat
perihal kata orang orang dulu dulu...nikah dulu baru bercinta. Tapi
soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza. Kita perlu berkenalan
dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa....
kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup...
meletup..Ah...dah
kahwin..ada ada nak empat?? lagi satu paling mengejutkan... Terperanjat
beruk terlanggar monyet.. nak jadikan bini no 4. Siapa nak jawap tu??..
bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima... kerana cinta ..tidak
pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak
menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan
isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya. Ada pula
berkata seperti tidak bersalah..Lelaki lebih banyak sekarang ni, tak
salah kalau berpoligami dan berkongsi kasih. Oh No! macam satu kerja
gila gitu. Apa perasaan anda jika berkata begitu.. lainlah si isteri
begitu rela hati datang meminang pada anda untuk dijadikan madu.
Seperti ada sebuah novel Madu Pilihan. ada pula tidak kira isteri orang
atau suami orang...tunang orang atau matair orang sibuk nak rapat
rapatkan diri.. maksudnya... jadikan diri sebagai orang ketiga or best
man/women win. Tak baikkan macam itu... hish. Yang sudah berumahtangga
jadi hantu nets sibuk cari spare tyre...mula mula kawan lama lama
bertukar perasaan... sampai bercerai berai..........subhanallah apa nak
jadi...hargailah rumahtangga anda.. jagalah sebaiknya.. bersyukur apa
yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi
satu hal.. nanti menangis tidak berlagu...susahkang..........
-
yang pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai
-
jangan ambil
hak orang..suami orang atau isteri orang... jangan sekali kali main
api... nanti termakan diri... carilah yang benar benar baik dan
single...itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa
jangan ingat ... lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita
kebas juga... kasihanilah mereka... Kalau hari ini lelaki itu boleh
buat demikian pada pasangan mereka .. nanti terkena pada diri kita..
like karma gitu.
-
jangan sekali kali mengambil kesempatan yang ada. sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri.
-
sebagai wanita... kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati di sebut.
-
fikirlah
sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia
akhirat.....jadilah wanita mithali.. wanita penghuni surga. banyakkan
ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak
menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil
masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin
Dalam
pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam
kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi,
tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu
dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling
memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah
istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan
cari yang kaki
pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman.
Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap
tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada
batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan
boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan
berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung.