 |
|
 |
|
|
|
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20
tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw,
maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang
dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah
swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang
tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat
kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat
mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur
basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah
swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk
menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak
tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk
dilakukan.
Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum
tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama
lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya
tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.
Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin
Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan
Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh
tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita.
Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih
Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai
"bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu
|
|
Posted on Wednesday, November 14 @ 05:08:59 EST by client |
|
|
|
|
| |
|
| Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. |
|
| |
|
|
|
|
Average Score: 4.33 Votes: 3

|
|
| |
|
|
|
|
| "Login" | Login/Create an Account | 0 comments |
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
|
|
|
|
|
| No Comments Allowed for Anonymous, please register |
|
|
|
|
|
|