Lepakk group Port  
  Login or Register
::  Home  ::  Downloads  ::  Your Account  ::  Forums  ::

Featured Links: biologystudy.info free webproxy @ Aquarium and Fish
Hanya 500 syarikat bumiputera ada logo Jakim

Hanya 500 syarikat bumiputera ada logo Jakim

ALOR STAR 9 Nov. – Hanya kira-kira 500 syarikat bumiputera mendapat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) daripada lebih 3,000 syarikat yang mengeluarkan produk halal di Malaysia.

Pengurus Besar Pembangunan Kapasiti Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) Dr. Nor Azman Ngah berkata, syarikat bumiputera itu menghasilkan 15 produk yang kebanyakannya adalah produk makanan kering dan ubat tradisional.

“Jumlah itu merupakan kira-kira 15 peratus sahaja daripada nilai produk halal yang dihasilkan di negara ini,” katanya kepada pemberita sempena seminar dan penerangan bergerak sehari HDC yang pertama kali akan diadakan Kedah di sini, Ahad ini.

Majlis penerangan bergerak anjuran bersama HDC, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah (UPEN) dan anak syarikat kerajaan negeri, KBioCorp (Kedah BioResources Corporation Sdn Bhd) akan dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ia akan turut diadakan di Perlis dan Pahang selepas ini.

Dr. Nor Azman berkata, HDC berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan produk halal untuk memenuhi agenda ‘Halal Nasional’ seiring dengan perancangan Koridor Wilayah Ekonomi Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

“Maklumat yang diterima mendapati banyak syarikat bumiputera berpotensi dikembangkan. HDC akan membantu membimbing mereka, memasarkan produk termasuk eksport dan mendapat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Menurutnya, eksport makanan usahawan Malaysia berjumlah lebih RM10 bilion setahun dan kira-kira 40 peratus adalah produk halal.

Menerusi majlis penerangan bergerak itu, katanya, HDC berharap dapat menyenaraikan syarikat pengeluar produk halal untuk menghasilkan satu direktori yang boleh dijadikan panduan selain membantu mereka dikenali pada peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Kapasiti HDC, Darhim Hashim berkata, majlis penerangan bergerak itu akan diadakan ke seluruh negara sehingga pertengahan tahun depan bagi mendedahkan dan menggalakkan individu dan syarikat menjadi pengeluar produk halal yang memenuhi tuntutan pasaran global.

“Industi halal menjadi agenda penting dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan menjadi tanggungjawab HDC menjelaskan fungsinya supaya lebih banyak pihak mendapat faedah yang akan membantu mempercepatkan Malaysia menjadi hab penting pengeluar produka halal,” jelasnya.

Darhim berkata, usahawan Malaysia sepatutnya mengambil peluang memasarkan produk mereka mengunakan logo halal Jakim yang diterima masyarakat antarabangsa termasuk negara Eropah.

Seramai 100 orang usahawan dan 10 buah syarikat pengeluar produk halal utama di Malaysia dijangka menyertai seminar itu yang akan berlangsung di Hotel Holiday Villa.

– Bernama

Posted on Saturday, November 10 @ 04:18:07 EST by client
 
Related Links
· More about
· News by client


Most read story about :
Tanda 100 hari sebelum hari mati

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

PHP-Nuke

"Login" | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
MASUK KE LAMAN WEB BARU KAMI DI www.lepakk.com/forum


PHP-Nuke Copyright © 2005 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.06 Seconds

:: Coldsteel phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::