. Semua orang ada jodoh atau pasangan
yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan
kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai
dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu
jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda
bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan
sempurna agar diri anda jadi seperti
“magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat
di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua
perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci
hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran,
maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar
anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci
orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan
harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik
setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama
ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan
bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk
menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah
datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu
turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui
fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang
dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.
Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada
bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan
mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan
yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra
dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai
apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan
sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan
mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman
dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan
hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar
kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh
orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat
sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang
boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.
Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal
terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang
anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik
kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih
dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik
kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan
penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu
jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar
mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang
menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada
bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan
dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada
bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan
melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat
dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir
seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan
dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan
sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan
kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi
seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta,
wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak
perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau
dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong
atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan
menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling,
serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa
– sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika
mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan
– tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan
dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai
oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan
anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati
tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan
kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam
memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia
akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas
bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada
kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat
atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal
pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini
dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular
dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya.
Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta
kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai
dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji
anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih
dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau
‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya
sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila
isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal
pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh
sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda
dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi
menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita
mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman
– bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin
diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti
lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan
sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam
politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak
tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita,
kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat,
orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai
perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila
bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan
lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan
kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan,
bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap
wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki,
orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas.
Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh
minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah,
pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan
teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah
sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59.
Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan
kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa
untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki
bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan
sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.